Peniaga di perhentian, R&R dikecualikan sewa enam bulan

0
112

PUTRAJAYA – Peniaga di semua perhentian serta Kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya akan dikecualikan pembayaran sewa selama enam bulan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seriu Ismail Sabri Taakob berkata, pihak pengurusan lebuh raya sudah menyatakan persetujuan mereka untuk berbuat demikian.

“Satu berita baik untuk penyewa-penyewa gerai di lebuh raya, walaupun tidak banyak kenderaan yang melalui di lebuh raya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nasib mereka tetap akan dibela.

“Justeru, pihak pengurusan lebuh raya seperti PLUS Berhad, ANIH Berhad, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Maju Expressway (MEX), Lebuh raya Shah Alam (KESAS) dan pelbagai lagi bersetuju memberi pengecualian sewa selama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, pihaknya menerima pelbagai cadangan daripada masyarakat berhubung PKP fasa kedua.

“Ada yang mencadangkan supaya kita menggunakan celup jari seperti ketika pilihan raya, ada yang mencadangkan guna kad warna dan pelbagai lagi.

“Semua cadangan ini kita ambil maklum dan prosedur operasi standard (SOP) PKP ini memang kita memperincikan dari semasa ke semasa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here