Peperiksaan akhir politeknik, kolej komuniti tidak dilaksanakan

0
183

CYBERJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan peperiksaan akhir atau penilaian akhir bagi program diploma, sijil politeknik dan kolej komuniti tidak akan dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan di sini, susulan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), politeknik dan kolej komuniti telah diwartakan sebagai pusat survelan atau stesen kuarantin sementara bagi oprasi menangani wabak Covid-19.

Kata kenyataan tersebut, sehubungan itu markah pentaksiran semester adalah berdasarkan kepada markah Penilaian Berterusan.

“Selaras dengan PKP, pelajar yang masih berada di kampus telah diminta untuk terus berada di asrama atau kediaman peribadi lain.

“Sementara pelajar yang berada di kediaman keluarga diminta terus berada di tempat masing-masing sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi pelajar sarjana muda di politeknik, satu pemakluman berasingan akan dikeluarkan khusus untuk mereka. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here