Perak hadkan operasi premis makanan, perniagaan, stesen minyak

0
73

IPOH- Semua kedai makan, kedai serbaneka dan stesen minyak di Perak akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, had waktu operasi itu melibatkan pasar raya besar, kedai runcit dan perkhidmatan pandu lalu di restoran makanan segera.

Menurut beliau, kedai serbaneka 24 jam termasuk 7-11 juga beroperasi dari 7 pagi hingga 7 petang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilsakanakan.

“Arahan ini berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Mac sehingga tempoh PKP ditarik balik.

“Sehubungan itu semua agensi hendaklah mengambil langkah dan tindakan penguatkuasaan tegas bagi memastikan arahan itu dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri seperti dipetik portal Perak Gazette hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, hanya premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi sahaja seperti biasa manakala yang lain perlu menutup operasi masing-masing.

Beliau berkata, semua agensi diminta memberi kerjasama dan sokongan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang telah digerakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here