Perdana Menteri pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama

0
222
Perdana Menteri bergambar bersama barisan Jemaah Menteri yang baharu dilantik sebelum mesyuarat Jemaah Menteri pertama berlangsung

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Memetik laporan Bernama, mesyuarat tersebut yang bermula pada pukul 9.25 pagi dihadiri semua 31 menteri.

Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama Jemaah Menteri.

Isnin lalu, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet, yang buat pertama kali dalam sejarah negara tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Perdana Menteri (dua dari kiri) diapit Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan)

Muhyiddin sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Menteri Kabinet yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, semalam.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac.

Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Datuk Dr. Farizah Ahmad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here