Permohonan maaf Raudhah Grocer

1
4462
Pasukan Raudhah Grocer sedang berusaha bagi memastikan pelangggan mendapat perkhidmatan yang terbaik

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

RAUDHAH CITY – Pasar Raya Raudhah Grocer membuat permohonan maaf atas kelewatan penghantaran barangan keperluan yang ditempah pelanggan secara dalam talian.

Pengasas Raudhah Grocer, Mohd. Fadzil Hashim berkata, situasi yang berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diluar jangkaan pihaknya.

“Semalam kami telah berjaya membuat 142 penghantaran dan hari ini masih menyiapkan tempahan-tempahan untuk yang ada.

“Apa yang berlaku dalam tempoh PKP ini adalah sesuatu diluar jangkaan kami, tetapi memandang kami memahami ramai pengguna yang memerlukan perkhidmatan penghantaran barangan, kami mengambil inisiatif sendiri membantu tuan-tuan dan puan-puan.

“Kami difahamkan kebanyakkan ‘online grocery’ sudah tidak lagi mampu mengambil pesanan kerana jumlah permintaan yang sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik dalam akaun rasmi Facebook Raudhah Grocer hari ini.

Beliau berharap pelanggan memberikan tempoh masa untuk pihaknya melengkapkan pesanan yang telah dibuat.

“Untuk makluman ini adalah hari ke-15 kami beroperasi dan sistem serta prosedur operasi standard (SOP) secara ‘offline’ alhamdulillah berjaya diperbaiki selepas hari ketiga.

“Namun pembelian secara dalam talia meningkat secara mendadak selepas PKP diumumkan. Jadi kami mohon masa sedikit untuk menyiapkan pesanan tuan puan.

“Bagi proses pemulangan kami akan lakukan hari ini juga,” katanya.

Justeru, beliau sekali lagi memohon maaf kepada para pelanggan di atas segala kelemahan sama ada dari segi komunikasi dan penghantaran barangan.

“Kami terima segala komen dan cadangan bagi memastikan tuan-tuan dan puan-puan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kami.

“Sekali lagi kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dialami,” katanya.

1 COMMENT

  1. Pekerja terlalu ramai… Berkelompok… Di bahagian sayur pula ada staff yg x kenal sayur.. Bila tanya pakai tunjuk je asal boleh… Nasib baik aku kenal bayam… Aku mintak daun sup dia bg sebakul bayam… Dgn kompiden “ni bang daun sup”… Hahahah.. Gila budak ni…. Susunan kena atur semula… Management kena cari perkerja mahir atau upah consultant untuk susur atur bahan dan rak… agar pelanggan xkeliling satu pasar nk cari kayu manis… Hahahaha… Klu g kedai aceh lebih mudah cari bahan… Contoh nk buat sup ayam… Automatik org akan pikir sup bunjut… So klu di kedai aceh korg akn nmpak sup bunjut dekat je dgan daun sup… Kayu manis dgn rempah ratus pulak ada je sebelah menyebelah… Banyak lg klu nk komen… Payah klu nk taip ni… Buat je ape yg patut dulu…
    P/s :Jgn malu masuk kedai aceh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here