Permohonan sijil halal ditangguhkan

0
185
Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ditangguhkan susulan Covid-19

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangguhkan sementara operasi di Bahagian Pengurusan Halal Jakim termasuk urusan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurutnya dalam satu kenyataan di laman Facebook Bahagian Hab Halal Jakim, penangguhan itu adalah selaras dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Susulan itu, urusan permohonan, bayaran dan penghantaran dokumen sokongan bagi pemohonan SPHM ditangguhkan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, sistem MYeHALAL iaitu aplikasi untuk pemohon bagi aktiviti penghantaran permohonan secara atas talian berfungsi seperti biasa.

Dalam pada itu, katanya, pembayaran bagi surat caj turut dilanjutkan bermula daripada 1 Mac lalu.

“Dokumen bayaran dan dokumen sokongan permohonan SPHM hendaklah dihantar ke Jakim selewat-lewatnya pada 15 April ini.

“Pada masa sama, semua urusan dan proses pengauditan di lapangan ditangguhkan dan proses cetakan SPHM dihentikan sementara waktu sehingga 31 Mac ini.

Sementara itu, katanya, bagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jakim di kawasan Lembah Klang dan telah diluluskan, SPHM akan dikirim melalui perkhidmatan Pos Laju.

“Pengambilan SPHM di kaunter Bahagian Pengurusan Halal Jakim, akan dibuka mulai 1 April ini,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here