Pesakit Covid-19 di Hospital Bainun dibenarkan keluar

0
259
Gambar kumpulan pertama pesakit Covid-19 yang sembuh di Hospital Bainun yang dikongsi Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam akaun Twitter miliknya

CYBERJAYA – Kumpulan pertama pesakit Covid-19 yang dirawat di Hospital Bainun, Ipoh, Perak dibenarkan keluar hari ini.

Berita gembira itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

“Kumpulan pertama pesakit Covid-19 daripada Hospital Bainun sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah,” ciapnya.

Dalam sidang akhbar mengenai Covid-19 hari ini, Dr. Noor Hisham memaklumkan sebanyak 91 pesakit wabak tersebut telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi setakat ini terutamanya selepas gelombang kedua Covid-19 melanda negara. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here