Pesakit mati di tandas negatif Covid-19

0
300

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan menafikan pesakit yang meninggal dunia di tandas wad di sebuah hospital semalam ialah penghidap Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit berkenaan pernah menjalani saringan Covid-19, namun keputusan negatif.

“Betul, ada kes kematian di hospital berkenaan, namun bukan membabitkan pesakit Covid-19.

“Setiap pesakit yang dimasukkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) secara automatik mereka akan dibuat saringan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berumur 62 tahun ditemukan meninggal dunia di tandas wad Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata, seorang pegawai polis yang bertugas di hospital berkenaan menerima makluman daripada jururawat memaklumkan kes berkenaan pada pukul 7.40 malam tadi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here