Pesakit warga emas meninggal dunia, 16 kematian Covid-19

0
293

CYBERJAYA – Jumlah kematian akibat wabak Covid-19 meningkat hari ini apabila satu lagi kes kematian dicatat malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pelaporan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Beliau berkata, kes kematian ke-16 (kes ke-1,334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.

“Pesakit itu telah mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

“Kesihatan pesakit itu telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac lalu,” katanya dalam hantaran akaun Facebook milik beliau sebentar tadi.

Dr. Noor Hisham menambah, namun, pesakit itu disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam tadi.

“Punca jangkitan Covid-19 pesakit itu masih dalam siasatan. Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” ujarnya

  • MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here