Petugas HKL terharu terima kurniaan Raja Permaisuri Agong

0
218

CYBERJAYA – Petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur terharu apabila menerima sumbangan makanan tengah hari daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.

Perkara itu dimuat naik dalam hantaran akaun Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang menjunjung kasih atas kurniaan baginda memberi sumbangan tersebut kepada kakitangan HKL.

Beliau berkata, kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebanyak 100 pek makanan yang dimasak sendiri oleh Tuanku Azizah untuk diberikan kepada petugas di wad Covid-19 hospital tersebut.

“Makanan tengah hari itu diserahkan oleh wakil Istana Negara, Mohd. Isam Yusof untuk diberikan kepada petugas terbabit.

“Pek makanan itu mengandungi nasi putih, sayur goreng, ayam goreng dan kari telur yang dimasak sendiri Raja Permaisuri Agong. Juga disumbangkan adalah air mineral dan buah limau,” katanya.

Beliau menambah, pihak HKL dan Kementerian kesihatan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong terhadap sumbangan itu.

“Ia akan memberi semangat dan motivasi kepada petugas-pertugas yang mengendalikan pesakit Covid-19.

Menjunjung kasih Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here