Petugas Shell Sungai Ramal positif Covid-19

0
411

CYBERJAYA – Shell Malaysia mengesahkan jurujual yang bertugas di stesen minyak Shell Sungai Ramal, Kajang dekat sini dijangkiti virus Covid-19, semalam dan kini sedang menjalani rawatan.

Berikutan kejadian itu, stesen minyak berkenaan turut ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan.

Sebagai langkah pencegahan, kakitangan yang pernah bertugas dan berhubung dengan mangsa telah dihantar untuk menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan berdekatan.

“Shell Malaysia memberi kerjasama penuh dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan,’’ katanya dalam satu kenyataan dalam laman web rasminya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here