PFAM mohon bantu Tinagaran

0
169

CYBERJAYA – Bekas pertahanan MISC-MIFA & PJ City FC bagi musim 2014-2019, B. Tinagaran kini terlantar menderita kanser tulang tahap empat.

Beliau telah menjalani proses kimoterapi keempat di Hospital Penang Adventist dan kos rawatan mencecah sehingga RM100,000.

Difahamkan, kos pembedahan selepas kimoterapi keenam mencecah pula RM80,000 dan baki lapan lagi proses kimoterapi ialah RM107,000.

Baru-baru ini, Presiden PFAM, Safee Salindan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail ke Pulau Pinang untuk melawat Tinagaran.

“Kami di PFAM menyeru kepada semua warganegara yang prihatin supaya membantu Tinagaran menerusi kutipan derma melalui nombor akaun RHB 26403000007880.

“PFAM juga mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain PJ City FC dan rakan-rakan Tinagaran antaranya S.Kunanlan dan D. Saarvindran yang telah memberi sumbangan sebanyak RM25,000 setakat ini.

“Semoga dengan usaha ini, Tinagaran kembali aktif bermain bola sepak dan menjalani kehidupan seperti biasa,” kata PFAM dalam laman Facebook milik persatuan itu baru-baru ini.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here