PKD Raub kesan kontak rapat kes positif Covid-19

0
268

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pejabat Kesihatan Daerah Raub, Pahang sedang mengenal pasti kontak kepada satu kes positif Covid -19 yang pergi ke beberapa lokasi di Raub untuk untuk dilakukan ujian saringan Covid-19.

Melalui satu pengumuman yang tular dalam laman Facebook dan aplikasi WhatsApp, semua individu yang telah hadir ke Majlis perkahwinan di Kampung Sungai Lui, Kelompok 1 dan Kampung. Melayu Sempalit serta kedai Rojak Famous di Gali Tengah pada 15 Mac lalu.

“Jika anda terlibat menghadiri mana-mana tempat seperti di atas, anda dikehendaki untuk mengisi borang Google Form seperti pada pautan ini: https://docs.google.com/…/1FAIpQLSf59H-OLn1Jv0NLpA…/viewform

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Raub akan menjalankan saringan terhadap individu yang mempunyai sebarang tanda dan gejala setelah hadir ke tempat-tempat seperti dinyatakan di atas, “kata pengumuman itu.

Menurut pengumuman itu lagi, bagi yang hadir ke Majlis Perkahwinan di Kampung Sungai Lui, Kelompok 1, mereka dikehendaki hadir untuk saringan di Parkir PKD Raub pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu ini.

Manakala, jika hadir ke Majlis Perkahwinan di Kampung. Melayu Sempalit atau makan di Rojak Famous, Gali saringan akan diadakan di Parkir PKD Raub pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang hari sama.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengecam pihak keluarga yang menganjurkan majlis perkahwinan itu dan premis berkenaan dan untuk sebarang makluman boleh menghubungi bilik gerakan PKD Raub di talian 09-3550876.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here