PKP : 14 kes reman, tiga dituduh di mahkamah

0
129

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, sebanyak 14 kes reman telah dicatatkan di seluruh negara bermula 19 Mac hingga semalam.

Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman Putrajaya dalam kenyataan di sini berkata, kes reman itu dicatatkan satu kes dari Negeri Sembilan, Johor dan Selangor; dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala tiga kes masing-masing di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

“Tiga daripadanya telah dituduh di Mahkamah iaitu masing-masing satu kes di Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 10 kes reman dicatatkan dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Dua kes yang dituduh telah mengaku bersalah, masing-masing di Mahkamah
Majistret Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Sungai Siput.

“Kedua-dua kesalahan itu dikenakan denda RM5000.00 dan masing-masing 12 serta 10 bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman dua bulan penjara bermula dari tarikh sabitan terhadap seorang tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu terdapat satu kes reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdapat juga dua kes reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu turut direkodkan satu kes reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan dibawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here