PKP: LHDNM tutup Hasil Care Line

0
189

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menawarkan beberapa perkhidmatan kepada para pelanggannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini, berikutan situasi terkini, pusat panggilan LHDNM iaitu Hasil Care Line (HCL) akan ditutup mulai 26 Mac ini sehingga tempoh PKP tamat.

Tambah kenyataan itu, bagaimanapun beberapa perkhidmatan lain ditawarkan agensi itu bagi kemudahan para pelanggannya.

“Perkhidmatan dalam talian seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHasil. 

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM boleh melalui HASIL Live Chat, e-mel kepada Customer Care Officer (CCO) LHDNM,” kata kenyataan itu.

Senarai lengkap CCO LHDNM boleh diakses menerusi http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=5&bt_posi=1&bt_unit=3&bt_sequ=1).

Selain itu pelanggan juga boleh ke media sosial rasmi agensi itu iaitu Facebook-https://www.facebook.com/lhdnm, Twitter – https://twitter .com/LHDNMofficial dan Instagram – https://www.instagram.com/lhdm

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf (bahasa Melayu) dan  http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf (bahasa Inggeris). – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here