PKP: Produk Muslim dapat permintaan tinggi

0
899

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan ketika ini dalam membendung wabak Covid-19 menyaksikan barangan keperluan asas termasuk yang dikeluarkan usahawan Muslim mendapat permintaan tinggi.

Perkara itu diakui Ketua Prasarana Kempen Buy Muslim First (BMF) Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari yang berkata, beliau ada makluman tentang permintaan tinggi produk usahawan Muslim sepanjang tempoh PKP ini.

Menurut beliau, majoriti produk Muslim terutama barangan keperluan asas mengalami permintaan yang amat tinggi malah ada sebilangannya tidak mampu membekalkan dengan baik.

“Memang ada makluman bahawa permintaan sangat tinggi. Sekali gus menunjukkan rakyat Malaysia mencari produk Muslim selain lain-lain produk yang terdapat di pasaran.

“Sepanjang PKP ini, kita tahu bahawa pengguna risau dan bimbang jika terputus bekalan.

“Ini kerana pengguna sedikit terpengaruh membeli stok yang berlebihan menyebabkan bekalan barang terputus atau tidak dapat ditampung dalam masa-masa tertentu,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Arahan PKP yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu disambung sehingga 14 April ini dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Berikutan itu berlaku pembelian panik dalam kalangan pengguna sama ada di pasar raya besar atau kedai-kedai runcit.

Dalam pada itu, beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat Johari menasihatkan pengguna yang ingin membeli barangan perlu mengikuti arahan kerajaan.

“Pengguna boleh keluar mencari bekalan di mana-mana kedai Muslim di sekitar kawasan mereka dan disarankan, hanya ketua keluarga sahaja keluar membeli,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here