PKP: Rakyat berusaha sesuaikan diri bekerja dari rumah

0
166

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Memasuki hari kelapan penularan Covid-19 barulah ramai sedar bekerja dari rumah merupakan satu bentuk kemahiran.

Tinjauan MBNews dalam media sosial mendapati pelbagai status dan gambar menarik dirakam oleh warga maya kerana pada awalnya terlalu janggal sekiranya melakukan tugasan di pejabat dibawa ke rumah.

Seorang pemilik akaun Facebook, Mohd. Hafiz berkata, dia bekerja dari rumah dengan melaksanakan tugas yang dibawa dari tempat kerja.

Menurutnya, dia masih bertugas dengan menjalankan pantauan pergerakan pelajarnya yang tidak pulang ke rumah.

“Saya masih bekerja di asrama pelajar menjaga dan memantau pergerakan mereka yang tidak pulang ke kampung,” katanya.

Bagi Normadiah Manah pula, sebagai seorang guru dia turut melaksanakan tugasannya di rumah.

Katanya, aktiviti itu merupakan salah satu di antara kerja-kerja pengurusan yang akan dilakukan pada setiap bulan.

“Kami guru pun buat kerja dari rumah. Ini salah satu di antara kerja-kerja pengurusan yang dilakukan setiap bulan dari sebelum kerajaan isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan lagi,” kongsinya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook, Shazwan Ismaon berkata, dia bekerja dari rumay sepanjang tempoh PKP ini.

Jelasnya, dia perlu meneliti pasaran sambil mencari peluang yang ada.

“Dalam masa sama kita kemaskini dengan rakan-rakan trend perjalanan pasaran semasa. Teknologikan ada, terpulang kepada kita hendak jadikan krisis yang berlaku sebagai penghalang atau peluang,” tegasnya.

Seorang warga maya dikenali sebagai  ar.Che.Wan berpendapat mungkin dalam kalangan rakyat Malaysia tidak pernah terfikir akan berada di rumah selama dua minggu.

Soalnya, apa yang boleh dilakukan untuk menghabiskan masa di rumah.

Menariknya dia turut berkongsi 12 aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang PKP termasuklah ‘spring cleaning’ iaitu mengasingkan pakaian yang boleh diguna semula, didermakan atau dibuang. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here