PKR Selangor ikrar setia bersama Anwar 

0
163

CYBERJAYA – PKR Selangor berikrar untuk terus setia dengan idealisme perjuangan parti itu dibawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut mengulangi janji untuk terus setia dan bekerjasama dengan kompenan parti dalam Pakatan Harapan (PH) Selangor.

“Pakatan Harapan Selangor akan terus bekerja kuat bagi memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat Selangor.

“Gabungan parti itu tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan melalui ciapan akaun Twitter miliknya hari ini.

Tambah Amiruddin, parti itu berasakan bersyukur atas komitmen pimpinan PH Selangor bagi memenuhi mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Kata beliau, di saat rakyat diselubungi dan ketidaktentuan, pimpinan PH Selangor memegang teguh tali persefahaman demi kepentingan mengangkat martabat rakyat negeri ini.

“Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri menyeru semua anggota PKR Selangor bagi mengukuhkan tekad dan membulatkan muafakat untuk memenuhi mandat rakyat negeri ini,” ujarnya.

Katanya, di samping 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari PKR memberi sepenuhnya sokongan untuk mengukuhkan tekad bekerjasama dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here