Plaza Tol Pantai (A) Sprint ditutup sehingga 31 Mac

0
144

KUALA LUMPUR – Plaza Tol Pantai (A) Hubungan Kerinchi, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) ditutup sementara kepada pengguna sehingga 31 Mac ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd. (Litrak), Shah Rizal Mohamed Fawzi dalam satu kenyataan berkata, penutupan plaza tol arah utara dan selatan itu dilaksanakan bermula hari ini.

Menurutnya, pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan Plaza Tol Pantai (B) untuk ke destinasi yang dituju.

“Penutupan itu selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan selain langkah proaktif pihak kami membantu pihak kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan.

“Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Mainkan peranan anda. Bersama-sama kita bendung penularan wabak ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here