PM komited jayakan sistem pendidikan negara

0
121

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin komited untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi sistem terbaik dalam melahirkan pelajar yang hebat dan mencipta kejayaan luar biasa.

Muhyiddin berkata, beliau mahu melihat pelajar yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja cemerlang, sebaliknya lebih terbaik daripada penilaian cemerlang.

Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini berkata, beliau mahu melihat pelajar di negara ini berkemahiran serta menguasai bidang pendidikan, khususnya sains dan teknologi.

“Saya komited untuk menentukan supaya sistem pendidikan negara kita akan menjadi satu sistem yang lebih baik, yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran, menguasai bidang pendidikan khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

“Penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik dan bahasa Melayu yang lebih baik.

“Oleh sebab itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan guru yang begitu berdedikasi dan ibu bapa yang komited untuk melihat kejayaan anak-anak. Dan lebih penting anak-anak pelajar sekalian yang bertungkus lumus.

“Hanya dengan ilmu dapat mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat,” katanya ketika berucap di hadapan pelajar dan ibu bapa serta guru yang menghadiri pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di SAS pagi ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Ghazali Abas dan Yang Dipertua SAS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here