PM selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

0
124

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara di sini pada pukul 12.35 tengah hari tadi.

Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hampir dua jam.

Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda bagi cadangan senarai nama jemaah menteri baharu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dijangka mengumumkan senarai Kabinet baharu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 5 petang ini.

Pengumuman senarai nama Kabinet baharu itu dibuat sembilan hari selepas Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 24 Februari lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here