PM, Setiausaha Kesihatan UK positif Covid-19

0
128
Matt Hancock (kiri) dan Boris Johnson.

CYBERJAYA – Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock disahkan positif Covid-19 hari ini.

Menurut portal The Guardian, Johnson, 55, kini dikuarantin di kediaman rasminya di No. 10, Jalan Downing.

“Saya kini bekerja dari rumah, menjalani isolasi, dan itulah yang sebaiknya,” kata Johnson dalam satu video yang di muat naik di akaun Twitter miliknya, tadi.

Sementara itu, Hancock pula berkata, dia akan meneruskan tugasnya dalam melawan jangkitan wabak Covid-19 di negara tersebut.

“Simptom yang saya alami tidak teruk, jadi saya akan meneruskan usaha tugas saya melawan wabak ini di UK,” katanya dalam satu video yang turut dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here