PM zahir rasa bangga terhadap PDRM

0
98

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, sejak minggu lalu.

Beliau berkata, pengorbanan anggota polis yang secara sukarela melakukan kawalan di seluruh negara adalah satu pengorbanan yang besar dalam memastikan Malaysia aman dan selamat.

“Sekarang, negara kita dilanda wabak Covid-19 yang sudah tentu mengancam kesejahteraan rakyat.

“Saya ingin menyatakan rasa terima kasih dan bangga terhadap polis yang sukarela melakukan kawalan secara besar-besaran dan tentulah ia memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi untuk terus menjadikan negara yang aman dan selamat.

“Saya juga ingin menyatakan rasa bangga saya terhadap khidmat bakti yang dicurahkan dan mudah-mudahan pengorbanan saudara akan mendapat balasan dan pahala yang sebesar-besarnya dari Allah SWT,” katanya dalam perutusan khas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-213, semalam.

Dalam perutusannya itu, Muhyiddin turut mengucapkan selamat Hari Polis kepada seluruh anggota polis di seluruh negara.

“Segala khidmat bakti dan perjuangan yang anda curahkan sepanjang tempoh berkhidmat amat saya hargai. Ia pengorbanan yang besar untuk menjamin negara kekal selamat dan sejahtera serta jauh daripada ancaman yang menjejas keselamatan semua,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here