Pos Malaysia nafi pekerja sebar Covid-19

0
71

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menafikan dakwaan kakitangan syarikat itu dijangkiti Covid-19 dan menyebarkannya melalui surat atau bungkusan yang dihantar kepada pelanggan seperti yang disebarkan menerusi satu rakaman audio di media sosial.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook,
Pos Malaysia menjelaskan tuduhan terbabit adalah fitnah dan berniat jahat.

“Satu lagi berita tidak benar mengenai Covid-19 tersebar. Elakkan berkongsi maklumat yang tidak sahih. Pastikan kebenarannya terlebih dahulu.

“Kami memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menjadikan sumber tidak sahih di media sosial sebagai rujukan. Segala maklumat terkini boleh didapati di semua platform media sosial rasmi Kementerian Kesihatan (KKM)

“Pos Malaysia juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu,” katanya seperti yang dilaporkan.

Sementara itu mengulas perkara sama, KKM turut menafikan rakaman audio terbabit adalah klip audio yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Christopher Lee.

“Tular di WhatsApp penyebaran ‘voice message’ yang kononnya dihantar oleh Datuk Dr Christopher Lee. Untuk makluman, mesej ini adalah palsu,” menurut status yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi kementerian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here