Potongan harga sehingga 50 peratus untuk pelanggan Himawari

0
411
Beg Himawari antara jenama terkenal antarabangsa yang boleh didapati di Malakat Mall

Oleh : Nina Farzuin Md Sharom
Foto : Farid Janudin

CYBERJAYA – Sempena pembukaan pasaraya Malakat Mall esok, jenama Beg Himawari menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk para pelanggannya.

Pengurus jenamanya, Adzliza Ibrahim berkata, promosi itu diadakan sebagai tawaran pengenalan memandangkan masih ramai yang belum mengenali jenama itu.

Adzliza Ibrahim

“Pada hari pembukaan butik, kita beri potongan harga sehingga 50 peratus untuk rekaan terpilih sahaja.

“Kita tawarkan promosi ini untuk menyambut pelanggan-pelanggan kami yang selama ini hanya mengenali kami menerusi jualan atas talian.

Antara design beg Himawari

“Ada juga beberapa rekaan yang kita tawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus,” katanya kepada MBNews.

Bercerita lanjut mengenai jenama Himawari, beliau berkata, sebanyak 12 rekaan menarik yang bersesuaian untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan akan dijual di dalam butik pertama mereka.

“Himawari menampilkan material yang berkualiti dari nilon dan ada di antaranya adalah kalis air. Dari segi pemakaiannya, ia sesuai digayakan bermula daripada pelajar sekolah sehinggalah golongan dewasa.

“Untuk produk jenama ini kita juga fokuskan kepada tiga aspek iaitu rekaan, keselesaan dan praktikal. Apa yang penting harga yang kita tawarkan adalah berpatutan dengan kualiti yang setanding dengan jenama popular yang lain,” katanya.

Bercerita mengenai persiapan pembukaan butik, Adzliza berkata, butik Himawari telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima kunjungan orang ramai esok.

“Kita juga berharap agar orang ramai mengambil peluang memiliki beg Himawari sempena tawaran potongan harga yang diberikan esok.

“Tawaran kami amat berbaloi. Pakai dulu baru rasa kepuasannya,” kata Adzliza- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here