PPIM lancar C-Cure Tunnel (Virusbuster) pertama – Kawal Covid-19

0
341

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan C-Cure Tunnel (Virusbuster) pertama sebagai usaha mengawal jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia.

C-Cure Tunnel (Virusbuster) yang pertama itu ditempatkan di pusat beli belah muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall.

Inovasi teknologi terowong yang dilengkapi spray nano itu di rasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan di hadiri oleh Panglima Angkatan Tentera ATM, Brigadier Jeneral Datuk Marzuki, serta Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Datuk Roslan Bin Wahab, di Malakat Mall, Cyberjaya semalam.

Nadzim atau dikenali sebagai Toqqi berkata C-Cure Tunnel itu diletakkan di pusat beli belah tersebut demi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengunjung sebagai keutamaan dalam mengawal wabak Covid-19.

“Melalui Critical Illness Support Group (CISG) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengambil inisiatif baru dengan menyediakan penyemburan C-Cure antiseptik pertama di Malaysia kepada pengunjung Malakat Mall.

C-Cure solution merupakan penyemburan antiseptik daripada teknologi Rusia yang nyata amat berkesan dan selamat digunakan meskipun terkena mata atau tertekan, “jelasnya.

Hal ini kerana menurutnya bahan itu tidak menggunakan bahan racun seperti Dettol, klorin atau alkohol yang boleh menganggu keselesaan pengguna.

Selain itu, menurutnya proses saringan dari C-Cure Tunnel (Virusbuster) dilakukan dengan amat cepat, mudah dan berkesan berbanding sistem pembasmi kuman yang lain.

“Penggunaan inovasi ini dapat membantu pembasmian kuman secara menyeluruh kepada pengunjung dengan tujuan mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengunjung semasa membeli belah,” jelasnya.

C-Cure Tunnel (Virusbuster) ini bakal ditempatkan di setiap pintu masuk premis sebagai inisiatif dan usaha bagi mengurangkan penyebaran virus merbahaya itu.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here