PPIM ucap terima kasih sokong Malakat Mall

0
244

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung Malakat Mall yang tidak henti-henti memberi sokongan.

Dalam satu perkongsian di Facebook rasminya, PPIM mengucapkan kesyukuran ke atas Allah yang telah memberi kekuatan kepada Malakat Mall untuk memulakan operasi ketika banyak pusat membeli belah lain kosong tanpa pengunjung.

“Alhamdullilah, dikala banyak mall yang kosong tiada pengunjung. Allah memberi kekuatan kepada Malakat Mall!

“Terima kasih kepada anda semua yang datang tidak henti-henti memberi sokongan kepada kami,” kongsinya.

PPIM turut mengajak lebih ramai lagi pengunjung dari setiap negeri dapat turut hadir sempena cuti sekolah ini.

Rata-rata warga turut meninggalkan komen tanda sokongan namun terdapat juga yang memberi nasihat supaya menjaga kesihatan mengenai isu Covid-19.

Menurut seorang warga maya, Umar Abd Aziz, dia mengakui dahulu tidak mempungai pilihan berbanding hari ini.

“Alhamdulillah. Dulu kita tiada pilihan. Sekarang, pilihan di tangan kita.

“Pilih untuk #BMF,” kongsinya.

Bagi Mas Michiko II pula berkata, dia bersyukur apabila impian untuk melihat pusat membeli belah Muslim didirikan.

Jelasnya, usaha itu menjadi kenyataan atas izin Allah.

“Alhamdulillah syukur. Akhirnya impian untuk melihat pusat beli belah Muslim didirikan menjadi kenyataan atas izin-Nya.

“Support BMF selamanya,” katanya.

Bagi Eddy Ijai pula berkata, apabila Islam bersatu menjadi kuat.

Namun katanya lagi, sayangnya Islam belum lagi bersatu.

“Insya-Allah satu hari nanti seperti dalam Islam sebut cukup 100 tahun Islam akan bersatu,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here