PPj nafi audio Covid-19 tular di Putrajaya

0
111

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini menafikan audio yang tular dalam media sosial mendakwa bahawa Putrajaya kini dilanda jangkitan Covid-19.

Dalam kenyataan akaun Facebook rasminya, PPj menasihati orang awam agar tidak terpedaya dengan laporan audio berdurasi 44 saat berkenaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam.

“Keadaan seperti biasa di Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, dakwaan mengatakan Putrajaya telah dilanda Covid-19 dan Hospital Putrajaya sesak dan staf dijangkiti serta disyaki dijangkiti tidak menggambarkan situasi sebenar di Putrajaya dan dikhuatiri akan menimbulkan panik. 

“Keadaan di Putrajaya adalah seperti biasa dan orang ramai dinasihatkan mengamalkan langkah berjaga-jaga sebagaimana disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

PPj turut menasihatkan orang awam untuk mengambil sikap bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here