Program Zero Hunger dihentikan sementara

0
243

CYBERJAYA- Agihan bekalan makanan kepada golongan B40 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui Program Zero Hunger dihentikan buat sementara waktu.

Pengarah Bahagian Food & Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, langkah berkenaan diambil bagi mengikut arahan yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, agihan makanan dan minuman untuk barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap diteruskan.

“Untuk bekalan makanan kepada golongan memerlukan spenjang PKD akan dihentikan buat sementara waktu seperti mana yang telah diumumkan oleh kerajaan.

“Kita akan selaraskan bantuan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun, sekiranya ada kecemasan atau permintaan mendesak kita akan hantar.

“Setakat ini, untuk bantuan kepada pihak polis, kita hantar kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, IPD Subang, IPD Putrajaya selain balai Cyberjaya,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua NGO hanya dibenar menghantar sumbangan makanan ke pejabat JKM dan tidak dibenarkan mengagih makanan secara terus kepada penerima.

Ismail Sabri berkata, perkara itu diputuskan untuk mengawal pergerakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan hanya unit Rela serta Angkatan Pertahanan Awam dibenar mengedar makanan kepada penerima.

Program Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here