Program Zero Hunger tarik minat Brahim’s

0
209

CYBERJAYA – Program Zero Hunger akan bekerjasama dengan Kumpulan Brahim’s dalam menjayakan bantuan bekalan makanan kepada golongan B40 yang terputus bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengarah Bahagian Food & Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, Kumpulan Brahim’s akan membekalkan makanan ‘Ready To Eat’ kepada pasukan Zero Hunger untuk diagihkan kepada B40 di seluruh negara.

Beliau berkata, perbincangan antara Pengarah Urusan Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn. Bhd. (Brahim’s), Nur Fatin Ibrahim dan Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim untuk tujuan itu membuahkan hasil hari ini.

“Hari ini kita telah berbincang mengenai segala kerjasama untuk membantu golongan terjejas seperti B40 yang terputus bekalan makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di negara ini.

“Kerjasama ini akan dilaksanakan segera, mereka bekalkan makanan ‘Ready To Eat’ dan kita akan agihkan. Usaha melalui Program Zero Hunger ini mendapat sambutan yang baik,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Program Zero Hunger sebelum ini dilancarkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch bagi membantu golongan memerlukan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Mengulas perkembangan semasa Program Zero Hunger, Aziz berkata, sehingga kini sebanyak 9,000 bekas makanan dan 1,800 bekas barangan keperluan telah diagihkan kepada golongan memerlukan di sekitar Lembah Klang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here