Pusat zakat diarah bantu golongan asnaf

0
78

CYBERJAYA –  Mesyuarat Kabinet hari ini mengarahkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan menyalurkan bantuan zakat dengan segera kepada golongan asnaf sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau telah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamed Al Bakri bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak menerima bantuan itu.

Beliau juga berharap pusat-pusat zakat di negeri lain dapat melakukan perkara sama.

“Saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup agak lebih sukar pada masa ini. 

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung stesen televisyen utama hari ini.

Perdana Menteri juga turut meminta organisasi-organisasi kebajikan boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here