Raja ‘Artisan Bread’ di Bunch-Oh

0
628

RAUDHAH CITY- Jika anda peminat Artisan Bread, jemput berkunjung ke restoran Bunch-Oh di pusat belah belah Malakat Mall kerana di sini ada lebih 30 jenis roti berkenaan.

Apa yang istimewa?, Artisan Bread di Bunch-Oh adalah hasil air tangan anak tempatan yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam pembuatan roti yang layak digelar Raja Artisan Bread.

Insan yang dimaksudkan ialah Cef Azizan Murad atau lebih dikenali sebagai Cef Zan, beliau membuat Artisan Bread dengan menggunakan resepi sendiri dengan yis ‘belaannya’.

Resepi yang digunakan oleh Cef Zan ini lain daripada yang lain, ia tidak bergantung kepada resepi semata-mata. Tetapi, kemahiran indvidu ini juga penentu kemenjadian Artisan Bread.

Cef Zan berkata, Artisan Bread di Bunch-Oh sangat istimewa kerana ia dibuat dengan menggunakan yis buatannya sendiri yang telah disimpan sejak 25 tahun lalu.

“Di Malaysia, sangat sukar untuk mencari Artisan Bread yang betul-betul asli. Jika ada pun, ia diperbuat dengan kaedah yang kurang menjadi kerana lebih kepada roti komersial sahaja.

“Jadi, di sini saya membuat kelainan. Artisan Bread asli menjadi taruhan. Walaupun sukar, saya puas dapat hidangkan roti yang istimewa kepada pelanggan,” katanya kepada Malakat Tribune.

Menurut Cef Zan, Artisan Bread yang asli memerlukan masa sehingga 20 jam untuk disiapkan dan tempoh itu merangkumi proses adunan, rehatkan doh dan juga proses pembakaran.

“Artisan Bread yang paling popular ialah ‘sourdough’ dan ‘broiche’. Kedua-duanya ada dijual Bunch-Oh. Datang dan rasailah sendiri kerana anda tidak akan jumpa roti jenis ini di kedai lain.

“Kita ada kira-kira 30 jenis Artisan Bread, harga yang jual juga amat berpatutan berbanding
‘kononnya’ Artisan Bread di pasaran luar. Walaupun bukan asli mereka jual mahal.

“Harga kita sangat murah, Artisan Bread dijual pada harga RM8 hingga RM15 untuk 400 gram. Jika diluar harga mencecah RM20 untuk berat yang sama. Itu pun, bukan roti asli,” katanya.

Mengulas mengenai kaedah pembuatan Artisan Bread, Cef Zan berkata, selain menggunakan yis resipinya, turut digunakan untuk roti jenis ini ialah tepung khas tanpa bahan pengawet.

“Untuk buat Artisan Bread lain sedikit, kena ada kemahiran dan berbeza dengan roti komersial yang menggunakan bahan kimia untuk roti itu cepat ‘naik’ dan siap dalam amsa tiga jam sahaja.

“Peralatan seperti mesin dan pembakar yang digunakan di Bunch-Oh juga adalah khas untuk Artisan Bread. Kita kena ikut segala prosedur untuk dapatkan Artisan Bread yang asli,” katanya.

Mengulas mengenai yis ‘belaannya’ lebih 25 tahun, Cef Zan berkata, beliau perlu ‘berkawan’ dengan yis untuk mendapatkan Artisan Bread bermutu tinggi, sedap dan rasa masam setara.

“Yis ini saya jaga sejak 25 tahun lalu, bahannya juga adalah mudah iaitu air dan tepung tanpa pengawet. Saya kena jaga, beri yis ini ‘makan’ dan aktifkannya seminggu sebelum guna.

“Jika ingin keluar negara atau sebagainya. Yis in perlu disimpan dalam peti sejuk. Yis ini bahan penting, kita tidak dijaga dengan baik kita tidaka akan dapat Artisan Bread yang bermutu,” katanya.

Cef Zan yang juga pakar masakan Perancis berkata, pengalamannya dalam bidang masakan juga membuatkannya dapat menilai keaslian Artisan Bread tanpa perlu merasa dahulu.

“Sebelum saya putuskan untuk buka Artisan Bread di Bunh-Oh, saya ‘survey’ di seluruh negara. Saya dapati tiada yang asli, itu baru tengok luaran dan belum rasa teksturnya lagi.

“Sebab itu saya kata, kalau mahukan Artisan Bread asli datanglah ke Malakat Mall. Kita ada sediakan dengan harga yang amat-amat berpatutan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau ada menurunkan ilmu kepada anak didik, Cef Zan berkata, beliau telah menurunkan pengalaman kepada ribuan anak murid di dalam dan luar negara.

“Untuk Artisan Bread, kaedah pembelajarannya adalah 90 peratus praktikal dan 10 peratus teori. Pengalaman di lapangan itu sangat penting kerana memberi kemahiran kepada pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pengalamana kerjaya, Cef Zan berkata, beliau juga pakar dalam french cuisine dan bukan roti serta pastry semata-mata selain masakan Perancis.

“Saya banyak berkhidmat di luar negara, merantau dari sebuah engara ke negara lain. Biasanya kafe atau kilang diluar negara akan menggunakan perkhidmatan saya untuk menu mereka.

“Pada 1990, saya saya sekolah sendiri dalam bidang F&B dan dalama masa saya juga menawarkan perkhidmatan konsultasi bagi syarikat-syarikat F&B di luar negara,” katanya yang kin berumur 62 tahun.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here