Raja Permaisuri Agong masak untuk petugas kesihatan

0
369
Masakan air tangan Raja Permaisuri Agong yang siap dibungkus untuk diedarkan kepada petugas kesihatan

CYBERJAYA – Prihatin dengan situasi petugas Kementerian Kesihatan yang sedang bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah memasak sendiri hidangan makanan tengah hari untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan itu.

“Hari ini saya masak untuk doktor-doktor , nurses (jururawat) dan petugas di Hospital Sungai Buloh, semoga Allah SWT merahmati dan melindungi mereka yang bertugas untuk negaraku Malaysia,” kongsi baginda.

Kari ayam yang dimasak Raja Permaisuri Agong

Dalam satu status menerusi laman Instagram rasmi milik baginda, Raja Permaisuri Agong itu berkongsi gambar masakan yang siap dimasak baginda.

Dalam gambar yang dikongsi itu, antara masakan yang dimasak baginda sendiri ialah kari ayam, sayur kobis dan telur goreng.

Lebih istimewa, setiap bungkusan yang diedarkan itu mempunyai label wajah baginda sendiri yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan. -MT

Sayur kobis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here