Rakyat Malaysia dilarang ulang alik ke Singapura, Thailand

0
147
Ketua Pengarah Imigresen

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan larangan keluar negara turut melibatkan pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapura dan Thailand.

Menurutnya dalam satu kenyataan, larangan tersebut adalah susulan daripada pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Larangan keluar negara ke atas warganegara Malaysia seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah termasuk mereka yang berulang alik di Singapura dan Thailand berkuatkuasa mulai esok sehingga 31 Mac ini,” katanya hari ini.

Perdana Menteri semalam mengumumkan perintah kawalan pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mengekang jangkitan kes Covid-19.

Bermula esok rakyat Malaysia dilarang berulang alik ke Singapura dan Thailand bagi mengekang Covid-19

Perintah larangan tersebut terpakai ke atas semua sektor dan industri kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. 

Pada masa sama, perintah kawalan itu turut meliputi penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here