Ramai degil, tak patuh Perintah Kawalan Pergerakan – KPN

0
86

CYBERJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kesal apabila masih ramai yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan keluar dari rumah masing-masing tanpa alasan munasabah.

Abdul Hamid dalam satu rakaman video disiarkan Bernama TV hari ini berkata, masih banyak kenderaan berpusu-pusu di atas jalan raya walaupun kerajaan sudah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung Covid-19 sejak Rabu lalu.

“Degil, masih ramai yang tidak menyedari bahaya (penularan Covid-19). Di antara kereta-kereta yang melalui sekatan jalan raya ini ada terdapat banyak yang membawa keluarga, anak dan isteri serta mertua.

“Selepas itu apabila ditanya tujuannya, mereka kata nak pergi makan. Nampak mereka ini sama ada tidak faham langsung atau memang degil,” katanya.

Rakaman temubual bersama Bernama TV itu dibuat ketika beliau melakukan tinjauan sekatan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur semalam.

Abdul Hamid berkata, kewujudan mereka yang masih berdegil itu jelas menunjukkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan seolah-olah tidak dihormati.

“Inilah yang saya katakan, kumpulan sebegini yang menyebabkan perintah ini seolah-olah tidak dihormati,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here