Raudhah College terima surat kelulusan buka pusat Bahasa Arab Al Azhar

0
313

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pengasas Raudhah College di Cyberjaya, Mohd. Fadzil Hashim memohon doa orang ramai supaya perjalanan Raudhah College yang bakal dibuka tidak lama lagi berjalan lancar.

Melalui perkongsian dalam akaun Facebook miliknya semalam, beliau memua tnaik surat kelulusan dari Universiti Al Azhar untuk Raudhah College membuka Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab Al Azhar.

“Alhamdulillah, surat kelulusan dari Al Azhar University untuk Raudhah College membuka Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab Al Azhar,

“Raudhah College akan dibuka di Malakat Mall! Doakan yang terbaik!,” kongsinya.

Sebelum ini,  Rabitah Al Azhar Malaysia telah mendapat kelulusan dan juga bekalan tenaga pengajar dari Universiti Al Azhar di Mesir untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab Al Azhar di Malaysia.

Presidennya, Datuk Fakhruddin Abdul Mukti berkata, Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab Al Azhar itu akan di buka dalam masa terdekat membabitkan dua cawangan iaitu di Cyberjaya dan Johor Bahru, Johor.

Untuk cawangan di Johor Bahru, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor manakala, bagi cawangan Cyberjaya akan melibatkan kerjasama dengan Raudhah College.

Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab Al Azhar di Johor Bahru bakal mempunyai 10 orang guru Bahasa Arab terlatih dan mampu menawarkan peluang pembelajaran seramai 300 orang pelajar.

Manakala, Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab Al Azhar di Cyberjaya pula akan dibekalkan dengan 50 guru Bahasa Arab terlatih dan mampu menawarkan peluang kepada 1,500 pelajar.

Terdahulu, dalam satu kenyataan turut memaklumkan, surat tawaran akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan kepada pelajar yang telah memohon untuk ke Universiti Al Azhar dan lulus syarat kemasukan.

Kenyataan itu turut berkata, kemasukan ‘Tahdid Mustawa’ atau Penilaian Kemahiran Bahasa Arab akan diadakan di Pusat Bahasa Arab Al Azhar Johor Bahru dan Cyberjaya pada awal April nanti.

Tujuan utama inisiatif itu ialah untuk memperkasakan kemahiran bahasa Arab bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Al Azhar. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here