Raudhah Grocer beri ikan percuma hari ini

0
950
Bahagian ikan dalam pasar raya Raudhah Grocer Malakat Mall

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Atas sokongan luar biasa pelanggan Malakat Mall pada hari prapembukaan semalam, pengunjung Raudhah Grocer hari ini pula berpeluang mendapatkan ikan percuma.

Dalam perkongsian Facebook Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata,
setiap pembelian di Raudhah Grocer pelanggan layak menerima 20 ekor ikan viral percuma.

Mohd. Fadzil Hashim (tengah)

Katanya, ia terhad kepada satu keluarga dengan jumlah maksimum ikan sebanyak 20 ekor.

“Siapa cepat dia dapat!

“Lokasi di Malakat Mall Cyberjaya, manakala waktu urusniaga bermula dari 10 pagi hingga 10 malam,” kongsinya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here