Raudhah Grocer diserbu!

0
277

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

RAUDHAH CITY – Seawal pukul 10 pagi, pengunjung telah menyerbu Raudhah Grocer bagi merebut promosi ditawarkan sempena pembukaan pusat beli belah Muslim, Malakat Mall hari ini.

Seorang penjawat awam, Zarina Zainul dari Putra Perdana antara pelanggan terawal yang tidak ketinggalan untuk merebut peluang menzahirkan sokongannya terhadap Malakat Mall.

“Kami dapat maklumat dari kawan bahawa Malakat Mall akan mula beroperasi pagi ini.

“Jadi kami datang mahu beri sokongan produk Muslim apatah lagi promosi yang ditawarkan amat murah terutamanya barangan basah. Jadi, kami cadangkan orang ramai untuk datang bersama-sama menyokong Malakat Mall,” katanya.

Semalam, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim mengumumkan promosi barangan basah iaitu ikan pelaling dijual 10 sen seekor dan ayam RM5 seekor.

Tawaran itu hanya terhad sehari sahaja untuk ikan pelaling terhad kepada 20 ekor seorang pelanggan manakala 500 ekor ayam disediakan bagi pelanggan yang membeli belah di pasar raya itu.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here