Raudhah Grocer tambah bekalan barangan asas, basah

0
428


RAUDHAH CITY – Orang ramai yang ingin mencari barangan keperluan di Raudhah Grocer di sini tidak perlu bimbang kerana pihak pengurusan mempunyai bekalan mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pihaknya menambah bekalan barangan asas termasuk ikan, daging dan ayam bagi memastikan pelanggan dapat berbelanja di pasar raya itu.

Menurut beliau, selain itu, pihaknya juga turut mengemas kini data produk supaya pelanggan tidak menghadapi masalah berbelanja di situ.

“Dalam tempoh sehari dua ini pelanggan mungkin kurang kerana ramai yang telah berbelanja awal membeli barangan asas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Raudhah Grocer tidak sampai seminggu beroperasi dan oleh itu kita mengambil kesempatan mengemaskini data produk supaya urusan pelanggan dapat dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Mohd. Fadzil, beliau menasihati para pelanggan khususnya ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil mereka ke pasar raya itu bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.

Sementara itu, beliau memberitahu, satu program khas akan dilancarkan bantuan makanan kepada golongan sasar yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerajaan bermula semalam.

Jelas beliau, bantuan tersebut disasarkan kepada golongan yang mempunyai pendapatan harian seperti peniaga pasar malam, tiada pekerjaan, pekerja bebas dan lain-lain.

“Mereka mungkin tiada bekalan makanan dan Insya-Allah kita akan aktifkan program itu secepat mungkin,” ujarnya. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here