Raudhah Grocer tingkatkan kawalan keselamatan

0
301

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

RAUDHAH CITY – Seawal pukul 9 pagi lagi, pengunjung mula berlegar di sekitar pintu masuk Malakat Mall untuk membeli belah barangan keperluan di Pasar Raya Raudhah Grocer.

Sebaik pintu Malakat Mall dibuka pukul 10 pagi, pengunjung yang hadir perlu menjalani pemeriksaan suhu badan dan diberikan cacair pembersih tangan sebelum dibenarkan masuk.

Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 yang kini menular di negara ini.

Situasi pembelian panik yang berlaku di pasar raya lain tidak berlaku di Raudhah Grocer.

Pengunjung yang hadir kelihatan tenang memilih barangan keperluan mereka di pasar raya itu.

Apa yang lebih penting, pengurusan Raudhah Grocer turut memberi jaminan bekalan bahan mentah mencukupi untuk dijual kepada pelanggan.

Seorang pelanggan, Amirah Abdul Latif, 34 yang pertama kali menjejakkan kaki di Malakat Mall berpuas hati kerana dapat membeli barangan dengan selesa.

“Setakat ini bagi saya Raudhah Grocer tempat untuk membeli belah yang selesa, harga pun berpatutan dan selepas ini akan datang lagi ke sini.

“Lebih selesa sebab mereka juga utamakan kebersihan dan ambil langkah berjaga-jaga. Pengumuman Perdana Menteri semalam bagi saya tidak ada sebarang masalah, tak perlu ada pembelian panik, beli apa yang perlu sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan, Zahiruddin Mohd. Khalil, 35, turut mengajak orang ramai menzahirkan sokongan terhadap Raudhah Grocer yang mengetengahkan barangan ‘Buy Muslim First’ (BMF).

“Mungkin di luar banyak kedai yang sudah tutup dan sukar untuk dapatkan barangan BMF.

“Di sini semua barangan yang ada BMF, lebih senang. Kalau nak cari stok barangan keperluan boleh datang di Raudhah Grocer,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here