RM1 bilion bagi Dana Jaminan Makanan

0
129

CYBERJAYA – Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan bagi memastikan bekalan itu kekal terjamin dan mencukupi ketika menghadapi penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

“Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

“Sebagai langkah tambahan, Kerajaan akan menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Beliau berkata, ini untuk memastikan bekalan makanan terjamin dan Langkah itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM64.4 juta. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here