RM130 juta untuk setiap kerajaan negeri

0
61

CYBERJAYA- Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu menangani krisis Covid- 19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan itu boleh digunakan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat krisi Covid-19.

Muhyiddin berkata, peruntukan berkenaan juga boleh digunakan untuk membantu pesakit Covid-19 dan ahli keluarga selain menyediakan keperluan petugas di setiap negeri.

“Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri. Krisis yang sedang kita hadapi ini memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik.

“Sebab itulah saya berpandangan semua pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini.

“Menjaga keselamatan rakyat, kesihatan rakyat dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab kita bersama yang melangkaui batas politik,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here