RM500 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan -Muhyiddin

0
136

CYBERJAYA- Kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan yang akan dibayar pada April itu sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan untuk menjaga kebajikan penjawat awam.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada lebih 850,000 pesara kerajaan yang akan dibayar pada April depan.

“Kerajaan juga tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.

“Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

“Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020. Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020,” katanya dalam Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here