RM600 juta untuk KKM beli peralatan dan tambah jururawat

0
190

CYBERJAYA- Kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, RM100 juta juga disediakan kepada kementerian itu bagi melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.

“RM500 juta akan digunakan untuk pembelian peralatan perubatan dalam usaha membanteras Covid-19 seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan.

“Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan juga telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Sementara itu katanya, ramai jururawat dan kakitangan hospital keletihan kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes Covid-19 dan merawat mereka yang disahkan positif.

“Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak Covid 19,” katanya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here