
CYBERJAYA – Harga petrol RON95 turun sebanyak 19 sen seliter kepada RM1.89 seliter bermula esok sehingga 13 Mac ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 21 sen seliter iaitu daripada RM2.40 kepada RM2.19 seliter.
Harga runcit diesel pula turun sebanyak 17 sen iaitu daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter.
Jelasnya, penetapan harga tersebut yang dibuat secara mingguan adalah menggunakan formula automatic pricing mechanism (APM).
Sementara itu, sebagai rekod harga RON95 sebelum ini ialah RM2.08 seliter.-MT