Sadaqah Market platform satukan kekuatan bantu yang memerlukan

0
240

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim mengajak orang ramai memahami cetusan idea platform Sadaqah Market apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan.

Menurutnya, sudah tiba masanya setiap daripada rakyat menyelami hati dengan menyatukan sedikit kekuatan membantu saudara yang memerlukan seperti mana seseorang mencintai dirinya sendiri.

“Apabila PKP diarahkan di seluruh negara sudah pasti rakyat Malaysia mematuhi undang-undang dan terpaksa patuh kepada kerajaan untuk kebaikan bersama.

“Tetapi kita sedia maklum kawan-kawan khususnya yang berada dalam kumpulan B40 yang kebiasaannya mendapat pendapatan harian, mendapat upah-upah kerja terputus sumber pendapatan.” kongsinya dalam satu video khas yang dimuat naik di Facebook Malakat Mall hari ini.

Beliau yang juga pengasas Raudhah Grocer memberitahu, Sadaqah Market yang dibangunkan merupakan satu platform menyediakan program amal membantu golongan mereka yang memerlukan.

“Dalam Sadaqah Market program pertama dilancarkan asalnya memfokuskan kepada keberadaan Malakat Mall di daerah Sepang khusus untuk masyarakat sekitar komuniti Sepang, Cyberjaya dan Puchong.

“Alhamdulilah sumbangan mereka yang segera membantu dalam tempoh 48 jam platform itu berjaya mengutip RM102,000,” katanya.

Kerana sebab itu tegasnya, inilah waktu yang terbaik untuk membantu.

“Tak mungkin kita senang-senang makan di rumah tetapi jiran atau masyarakat kita yang terkesan tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

“Tadi saya dapat panggilan audio mereka tinggal tepung sedikit untuk makan, kita bimbang terhadap anak-anak kecil yang tak tahu apa yang berlaku. Kita harap pada waktu ini bantuan yang diumumkan oleh kerajaan sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga yakin yang pada kebiasaannya,
rakyat sendiri akan bangkit membantu mengeluarkan bantuan kepada msyarakat setempat.

“Saya memohon kepada Allah semoga Dia memberi kekuatan kepada kita untuk terus menyumbang
kepada www.sadaqahmarket.com.

“Mungkin ini sebagai asbab Allah memberi kita yang terbaik di dunia dan akhirat nanti.
Kita jaga kita selepas PM (Perdana Menteri) jaga kita, #PMjaga kita, kita jaga kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here