Sampai ajak polis bertumbuk

0
155
Gambar Harian Metro

KUALA PILAH- Lelaki berumur 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejadian berlaku di satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.

“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimanapun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.

“Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Amran berkata, permohonan reman terhadap lelaki berkenaan akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here