CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini dijemput menyertai program ‘Quarantine To Qurantime’ esok yang disiarkan secara langsung stesen televisyen, TV AlHijrah.

Program itu akan bermula pukul 12 tengah hari hingga 1 petang iaitu menjelang waktu solat Jumaat atau zohor esok.

Dalam satu kenyataan di sini, TV AlHijrah bergabung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian untuk membawakan satu sesi Satu Jam bersama al-Quran yang dipancarkan secara langsung melalui stesen televisyen tersebut.

SOLIDARITI MALAYSIA #QURANTIME @ QUARANTINE.Dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat…

Posted by TVAlhijrah on Thursday, March 19, 2020

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat ketika ini, umat Islam berharap al-Quran yang memberi kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan serta penyembuh kepada semua.

“Mohon bantuan untuk kita sebarkan sesi satu jam bersama Surah Ar-Rahman esok, siapkan al-Quran bersama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan surah Ar-Rahman dari manapun kita berada.

“Dan memahami apa mesej Allah kepada kita serta mengamalkannya dalam kehidupan dengan tekun,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula semalam hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19 mencatatkan jumlah keseluruhan 900 kes dengan 110 kes baharu dicatatkan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here