‘Saya Kagum Dengan Abdul Hadi’

0
162

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kagumnya melihat sikap terbuka Ahli Parlimen Marang yang tidak mewajibkan dirinya dilantik dalam mana-mana jawatan menteri.

Dalam perkongsian dalam Facebook peribadinya berkata, sewaktu berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau dimaklumkan tentang perkembangan akhir sebelum pembentukan Kabinet diumumkan.

“Antara yang saya kagum, beliau memberitahu sikap terbuka Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mewajibkan agar dirinya mesti dilantik (ke dalam Kabinet).

“Walaupun beliau mengemukakan senarai nama dari partinya, tapi beliau tidak bertegas membuat tuntutan untuk dirinya. Kita patut memuji sikap yang seperti itu,” katanya..

Tambah Mohd. Asri, matlamat sebenar untuk melihat satu kerajaan yang stabil, cekap, melindungi asas-asas negara perlu diutamakan berbanding kepentingan lain.

“Para pemimpin yang mencari reda Allah, Jika kita semua tulus kerana Allah, banyak urusan umat ini akan berjaya kita laksanakan,” jelasnya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dalam satu sidang media menegaskan, beliau terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan dirinya dipilih.

“Kalau saya tak dipilih saya balik jadi nelayan pun tak apa, tak jadi masalah. Saya nak bekerja untuk negara,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here