‘Saya mahu bersihkan diri saya’

0
128

CYBERJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kes perbicaraan beliau di mahkamah tetap diteruskan walaupun telah bertukar kerajaan.

Presiden UMNO itu berkata, kes beliau yang sepatutnya dibicarakan hari ini ditangguhkan dan disambung semula esok.

“Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini. Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes,” katanya dalam kenyataaan di sini hari ini.

Beliau menambah, beliau mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.

Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan membabitkan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here